Wednesday, October 9, 2013

CHON TONGKANG


CHON TONGKANG ialah seorang anak kelahiran Tanjong Tokong. Kini berusia 59 tahun. Pernah menjadi peniaga kedai kopi,pengusaha restoran kepala ikan yang berjaya pada suatu ketika dahulu di Simpang Tiga Tanjong Tokong. Beliau ialah menantu kepada Roqiyah pengusaha restoran Nasi Lemak yang sangat berhasil dan terkenal pada tahun 1970-1980an.


Kemasyuhuran Masakan Roqiyah sehingga  menjemput orang dari Kuala Lumpur dan sesiapa saja  yang datang ke P.Pinang untuk menikmati keenakan nasi lemaknya. Hidangan yang teristimewa ialah nasi lemak yang dimakan dengan daging rendang masak lada.

Chon ialah singkatan daripada  nama sebenarnya ialah MANSOR BIN MOHAMED. Tapak rumahnya yang asal ialah di kompleks polis Tanjong Tokong kini. Di tempat tersebut terdapat kedai Keng Swee dan berpuluh buah rumah-rumah kampung.Tempat tersebut nama asalnya ialah Kampung Alor. Inilah gambaran kampung Chon sebelum menerima pembangunan moden, iaitu sebuah kampung nelayan tradisi Melayu yang asal. 





Keluargannya  terdiri daripada seorang isteri Che Chik bti Lazim dan dua orang anak.Salah seorang anaknya mempunyai nama yang istimewa iaitu SAIDINA OMAR.

CHON dulunya seorang aktivis UMNO cawangan Tg Tokong. Tidak puas hati dengan perjuangan UMNO yang menyimpang daripada matlamat asal untuk agama , bangsa dan negara beliau memilih jalan politik yang lain.Beliau  memilih untuk menyertai DAP  di zaman Lim Kit Siang menjadi Setiausaha Agong. 

 

Beliau kekal dan setia bersama  DAP sehingga kini.Jawatan kini ialah Penimbal Pengerusi DAP Cawangan Tanjong Tokong.Beliau pernah menajdi AJK JKKK Tanjong Tokong.

 Falsafah politiknya mudah CAKAP SERUPA BIKIN